Posts

Penjagaan Tali Pusat Bayi Baru Lahir.

Jangan ambil mudah tentang penjagaan tali pusat bayi. Ianya amat penting untuk mengelak tali pusat mudah dijangkiti kuman (merah di sekeliling pusat, berbau dan bernanah) Selepas bayi lahir tali pusat bayi masih lembab dan teksturnya seperti jeli yg keras. Selepas beberapa hari seawal hari ke dua tali pusat bayi akan mula mengering dan mengecut (warna menjadi semakin gelap) sehingga akhirnya tali pusat tersebut akan tertanggal dengan sendirinya. Selepas tali pusat jatuh dengan sendirinya, kawasan pusat masih lagi terbuka dan ada baki yang masih tertinggal di bahagian tengah pusat.  Penjagaan masih perlu diteruskan sehingga pusat yg terbuka itu akan tutup sepenuhnya dan tiada lagi baki tali pusat yang tertinggal di sana. Bagaimana memastikan tali pusat sentiasa kering dan dalam keadaan baik? 1. Pastikan tali pusat tidak tertutup dengan lampin atau diaper agar ada pengudaraan yang akan membantu tali pusat cepat kering. 2. Setiap kali tali pusat basah terkena kotoran najis bayi atau air k
Recent posts