Jangan ambil mudah tentang penjagaan tali pusat bayi. Ianya amat penting untuk mengelak tali pusat mudah dijangkiti kuman (merah di sekeliling pusat, berbau dan bernanah)
Selepas bayi lahir tali pusat bayi masih lembab dan teksturnya seperti jeli yg keras. Selepas beberapa hari seawal hari ke dua tali pusat bayi akan mula mengering dan mengecut (warna menjadi semakin gelap) sehingga akhirnya tali pusat tersebut akan tertanggal dengan sendirinya. Selepas tali pusat jatuh dengan sendirinya, kawasan pusat masih lagi terbuka dan ada baki yang masih tertinggal di bahagian tengah pusat. Penjagaan masih perlu diteruskan sehingga pusat yg terbuka itu akan tutup sepenuhnya dan tiada lagi baki tali pusat yang tertinggal di sana.
Bagaimana memastikan tali pusat sentiasa kering dan dalam keadaan baik?
1. Pastikan tali pusat tidak tertutup dengan lampin atau diaper agar ada pengudaraan yang akan membantu tali pusat cepat kering.
2. Setiap kali tali pusat basah terkena kotoran najis bayi atau air kencing bayi pastikan tali pusat di cuci menggunakan air paip yang bersih atau air suam kemudian keringkan semula dengan kain bersih.
3. Jangan terlalu kerap menggunakan cecair yang dibekalkan oleh pihak hospital untuk mencuci tali pusat bayi. Cukup hanya sekali atau 2 kali sehari kerana tali pusat itu sendiri sebenarnya mempunyai bakteria yang baik untuk membantu tali pusat cepat kering.
4. Sekiranya ibu bapa mahu tali pusat bayi mudah dan cepat tertanggal dengan sendirinya, ibu bapa boleh memandikan bayi secara lap (sponging) dahulu dan elak membasahkan tali pusat bayi dengan rendaman air atau jirusan air. Kemudian lap kering tali pusat bayi sekiranya tali pusat tersebut basah. Elakkan menyabun tali pusat bayi kerana ianya akan menghilangkan bakteria baik yang ada pada tali pusat bayi. Ibu bapa boleh mula memandikan bayi menggunakan basin setelah tali pusat bayi tertanggal dan tertutup dengan sepenuhnya. Cara ini akan membantu tali pusat kering dengan cepat dan tertanggal dengan sendirinya dalam masa 3-7 hari.
Penjagaan tali pusat bayi sebenarnya mudah dan hanya perlu memastikan tali pusat tersebut sentiasa dalam keadaan kering dan bersih serta mendapat pengudaraan yang baik.
Moga info ini sedikit sebanyak memberi manfaat buat ibu bapa di luar sana. Sebarang soalan boleh letak dibahagian komen. Sekian dahulu dari saya.
Comments
Post a Comment